Pinjaman Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Isnin, 22 April 2013

Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera yang merupakan sebuah badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu Bumiputera.

Fokus utama PUNB adalah untuk membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif. 

Pakej pembangunan keusahawanan bersepadu adalah untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan yang lebih baik.
Antara syarat-syarat permohonan pinjaman dari PUNB:
1) Pemohon mesti kaum Bumiputera yang mempunyai hasrat untuk memiliki dan menjalankan perniagaan seperti jujur, berkeyakinan, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan berdisiplin selain mempunyai kemahiran dalam komunikasi dan pengurusan. 
2) Pemohon mesti menyediakan sekurang-kurangnya 20% dari jumlah pembiayaan dari dari sumber sendiri sekiranya PUNB adalah pembiaya tunggal dalam perniagaan yang dirancang. 
3) Produk atau perkhidmatan mestilah sedia untuk dipasarkan dan pemohon mesti mempunyai hak pemilikan terhadap pembuatan barang atau perkhidmatan tersebut. 
4) Pemohon perlu menyediakan model perniagaan dan strategi perlaksanaan yang baik. 
5) Pemohon perlu merancang strategi keluar yang mantap seperti tebus balik pinjaman, belian balik ekuiti, penggabungan dan pengambil-alihan, penyenaraian awam dan banyak lagi.
Sebagai permulaan, pemohon dikehendaki menyediakan:
1) Pelan perniagaan yang ringkas atau kertas kerja yang menerangkan perniagaan itu secara keseluruhan. Pelan perniagaan itu perlu disertakan dengan memberi fokus kepada beberapa perkara seperti ringkasan eksekutif, peluang perniagaan, strategi perniagaan dan petunjuk pencapaian, pelan pemasaran, pelan operasi, pengurusan kakitangan dan unjuran kewangan. 
Selain itu, permohonan dalam talian juga boleh didapati dengan melayari laman web rasmi PUNB dengan memilih butang e-borang. Untuk maklumat lanjut layari www.punb.com.my 

Kami sedia membantu dalam membuat pelan perniagaan serta kertas kerja, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Klik sini.