Pinjaman Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Isnin, 22 April 2013

Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera yang merupakan sebuah badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu Bumiputera.

Fokus utama PUNB adalah untuk membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif. 

Pakej pembangunan keusahawanan bersepadu adalah untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan yang lebih baik.
Antara syarat-syarat permohonan pinjaman dari PUNB:
1) Pemohon mesti kaum Bumiputera yang mempunyai hasrat untuk memiliki dan menjalankan perniagaan seperti jujur, berkeyakinan, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan berdisiplin selain mempunyai kemahiran dalam komunikasi dan pengurusan. 
2) Pemohon mesti menyediakan sekurang-kurangnya 20% dari jumlah pembiayaan dari dari sumber sendiri sekiranya PUNB adalah pembiaya tunggal dalam perniagaan yang dirancang. 
3) Produk atau perkhidmatan mestilah sedia untuk dipasarkan dan pemohon mesti mempunyai hak pemilikan terhadap pembuatan barang atau perkhidmatan tersebut. 
4) Pemohon perlu menyediakan model perniagaan dan strategi perlaksanaan yang baik. 
5) Pemohon perlu merancang strategi keluar yang mantap seperti tebus balik pinjaman, belian balik ekuiti, penggabungan dan pengambil-alihan, penyenaraian awam dan banyak lagi.
Sebagai permulaan, pemohon dikehendaki menyediakan:
1) Pelan perniagaan yang ringkas atau kertas kerja yang menerangkan perniagaan itu secara keseluruhan. Pelan perniagaan itu perlu disertakan dengan memberi fokus kepada beberapa perkara seperti ringkasan eksekutif, peluang perniagaan, strategi perniagaan dan petunjuk pencapaian, pelan pemasaran, pelan operasi, pengurusan kakitangan dan unjuran kewangan. 
Selain itu, permohonan dalam talian juga boleh didapati dengan melayari laman web rasmi PUNB dengan memilih butang e-borang. Untuk maklumat lanjut layari www.punb.com.my 

Kami sedia membantu dalam membuat pelan perniagaan serta kertas kerja, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Klik sini.

Perkhidmatan penyediaan dokumen untuk pinjaman

Khamis, 14 Mac 2013

Kami menyediakan perkhidmatan dalam menyediakan dokumen serta kertas kerja yang lengkap bagi memudah dan mempercepatkan proses kelulusan pinjaman atau pembiayaan perniagaan anda.

Kami mempunyai rekod yang baik dengan pihak bank dan badan kerajaan seperti (PUNB, MARA, TEKUN) yang menawarkan pembiayaan kepada peniaga. Pelanggan kami yang telah menggunakan perkhidmatan kami amat berpuas hati dengan dokumen/kertas kerja yang kami sediakan sehingga mereka berjaya mendapat pembiayaan yang diperlukan.

Kami telah membantu usahawan-usahawan dalam memajukan perniagaan mereka. 

Perkhidmatan kami merangkumi:

1. Penyediaan dokumen pembiayaan untuk modal pusingan 
2. Pembiayaan untuk pembelian peralatan, stok dan sebagainya. 

Kami juga membantu dalam bidang:

1. Akaun pentafsiran cukai 
2. Aliran tunai Perniagaan 
3. Laporan untung rugi 
4. Analisa pasaran 
5. Profil syarikat 
6. Khidmat nasihat dalam hal-hal yang boleh memajukan perniagaan anda. 

Dengan pengalaman lebih dari 10 tahun bekerja di institusi kewangan, kami yakin dapat membantu anda dalam hal-hal berkaitan dengan kewangan.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut, Insha-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk membantu anda mendapatkan pembiayaan. 

Terima Kasih.

Efendi Mahat
EXCEL SUCCESS CONSULTANCY (002405398M)
H/P: 010 -260 5534
Email: pinjaman@email.com



Pinjaman Perniagaan

Selasa, 12 Februari 2013

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kami merupakan perunding kewangan sedia menguruskan mendapatkan pinjaman perniagaan kepada peniaga yang layak. 

Kriteria peniagaan. 
  • * Sudah berniaga lebih dari 6 bulan. 
  • * Tidak bankrupt. 
Antara alasan pemohon sukar mendapatkan pinjaman perniagaan:
  1. 1. Turnover @ duit keluar masuk bulanan dalam akaun syarikat kurang. 
  2. 2. Berniaga kurang dari 2 tahun. 
  3. 3. Tiada premises perniagaan 
  4. 4. Tidak mempunyai akaun semasa syarikat. 
  5. 5. Dokumen tidak lengkap seperti tiada akaun pengurusan dan akaun untung rugi. 
  6. 6. Tiada rekod pembayaran cukai pendapatan bagi pemilik atau syarikat. 
  7. 7. Tiada rekod pinjaman sediada. (CCRIS Record) 
  8. 8. Birokrasi pihak bank/institusi kewangan. 
  9. 9. Komitmen pinjaman sediada yang tinggi. 
Berdasarkan pengalaman lebih dari 10tahun, kami yakin dapat membantu anda dalam mendapatkan pinjaman perniagaan. 

Sebelum mengetahui samada anda layak atau tidak memohon pinjaman perniagaan, kami memerlukan dokumen asas untuk kami ukur kelayakan pinjaman perniagaan anda.

Dokumen yang diperlukan:
  1. 1. SSM 
  2. 2. Penyata akaun syarikat atau peribadi - 6 bulan terkini. 
Sila email kepada kami untuk kami analisa samada anda layak atau tidak layak untuk memohon pinjaman perniagaan. 

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Efendi Mahat
EXCEL SUCCESS CONSULTANCY (002405398-M)
Tel : 010-260 5534
Email : pinjaman@email.com

Nota: Agen diperlukan disetiap negeri.