LOKASI PERNIAGAAN

Sabtu, 23 Julai 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Rujuk kepada artikel sebelum ini, kita mengupas topik Modal Perniagaan, hari ini kita kupas pulak faktor kedua sebelum kita memulakan perniagaan iaitu lokasi perniagaan.

Pelbagai pendapat mengenai lokasi perniagaan ini, samada ianya memainkan peranan yang penting atau tidak kebanyakan usahawan ambil mudah tentang faktor ini.

Lokasi perniagaan bergantung kepada jenis perniagaan. Ada jenis perniagaan tidak memerlukan tapak perniagaan, ada perniagaan hanya boleh beroperasi di rumah dan yang lebih baik mesti ada pejabat untuk berurusan.

Sekiranya kita menjalankan perniagaan yang melibatkan permintaan dari orang ramai, pemilihan lokasi perniagaan merupakan perkara penting. Kawasan hendaklah tumpuan dan laluan orang ramai. Keluasan yang diperlukan adalah mengikut kesesuaian perniagaan yang hendak dijalankan, faktor kepadatan penduduk, faktor pendapatan setempat di kawasan lokasi serta bangsa yang menetap di lokasi merupakan faktor penting yang harus dititik beratkan sebelum memilih lokasi.

Kajian harus di buat sebelum mengambil keputusan untuk memilih lokasi kerana permintaan barangan yang diniagakan bergantung kepada faktor disekeliling kawasan perniagaan. Kebanyakkan perniaga mengambil sikap acuh tak acuh dan lebih suka kepada konsep 'try and error'. Ini merupakan konsep yang salah kerana melibatkan pertaruhan modal sediada.

Kesimpulannya lokasi merupakan faktor yang penting yang menentukan kejayaan atau kegagalan perniagaan yang akan dijalankan.

Semoga berjaya...

0 ulasan: