Memaparkan catatan dengan label perniagaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perniagaan. Papar semua catatan

Rabu, 25 Februari 2015

Usahawan-usahawan yang ingin memohon pinjaman perniagaan.

Adakah anda menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman perniagaan.

Antara alasan pemohon sukar mendapatkan pinjaman:
v  Kertas kerja/proposal yang kurang memberangsangkan pihak bank.
v  Perniagaan kurang daripada 1 tahun.
v  Urusniaga dalam akaun syarikat tidak akrif.
v  Dokumen tidak lengkap seperti akaun pengurusan dan akaun untung rugi syarikat.
v  Birokrasi pihak bank/institusi kewangan.
v  Komitmen pinjaman pemilik syarikat sediada yang tinggi.

ü  Kami ada jalan…
ü  Kami ada cara…
ü  Kami ada solusi untuk masalah anda…

Berdasarkan pengalaman selama 13 tahun dalam bidang perunding kewangan, kami yakin dapat membantu anda mendapatkan kemudahan pinjaman perniagaan.

Pelanggan kami…

§  Pn Zuraini dari Sungai Petani, Kedah merupakan sebuah syarikat pembekal peralatan pejabatserta pembekal baju korporat telah berjaya mendapatkan kemudahan pinjaman sebanyak RM 265,000.00

§  Mr Heng pemborong dan pembekal hasil dari laut dari Selayang, Selangor telah berjayamendapatkan kemudahan pinjaman sebanyak RM 955,000.00

§  En Afifi dari Setapak, Kuala Lumpur pemilik kepada syarikat pengiklanan dan pencetakanmendapat kelulusan kemudahan pinjaman bank sebanyak RM 350,000.00

Mereka merupakan sebahagian daripada pelanggan kami yang telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka dengan bantuan pinjaman dari pihak bank.

Jangan biarkan perniagaan anda gagal atau kurang maju disebabkan kurangnya modal untuk mengembangkan perniagaan anda.

Berdasarkan rekod tahun lepas, kami telah membantu sebanyak 6,899 buah syarikat mendapatkan kemudahan pinjaman.

Untuk 100 pelanggan pertama, kami berikan khidmat runding PERCUMA

Perlu maklumat lanjut?

Sila hubungi kami di talian + 6010 260 5534

atau..

SMS/Whatsapp SMELOAN ke +6010 260 5534

atau…


v  Share kepada usahawan-usahawan yang perlukan khidmat pinjaman perniagaan.


v  Ejen perunding perniagaan diperlukan.

LOKASI PERNIAGAAN

Sabtu, 23 Julai 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Rujuk kepada artikel sebelum ini, kita mengupas topik Modal Perniagaan, hari ini kita kupas pulak faktor kedua sebelum kita memulakan perniagaan iaitu lokasi perniagaan.

Pelbagai pendapat mengenai lokasi perniagaan ini, samada ianya memainkan peranan yang penting atau tidak kebanyakan usahawan ambil mudah tentang faktor ini.

Lokasi perniagaan bergantung kepada jenis perniagaan. Ada jenis perniagaan tidak memerlukan tapak perniagaan, ada perniagaan hanya boleh beroperasi di rumah dan yang lebih baik mesti ada pejabat untuk berurusan.

Sekiranya kita menjalankan perniagaan yang melibatkan permintaan dari orang ramai, pemilihan lokasi perniagaan merupakan perkara penting. Kawasan hendaklah tumpuan dan laluan orang ramai. Keluasan yang diperlukan adalah mengikut kesesuaian perniagaan yang hendak dijalankan, faktor kepadatan penduduk, faktor pendapatan setempat di kawasan lokasi serta bangsa yang menetap di lokasi merupakan faktor penting yang harus dititik beratkan sebelum memilih lokasi.

Kajian harus di buat sebelum mengambil keputusan untuk memilih lokasi kerana permintaan barangan yang diniagakan bergantung kepada faktor disekeliling kawasan perniagaan. Kebanyakkan perniaga mengambil sikap acuh tak acuh dan lebih suka kepada konsep 'try and error'. Ini merupakan konsep yang salah kerana melibatkan pertaruhan modal sediada.

Kesimpulannya lokasi merupakan faktor yang penting yang menentukan kejayaan atau kegagalan perniagaan yang akan dijalankan.

Semoga berjaya...

MODAL PERNIAGAAN

Isnin, 4 Julai 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Semalam kita sudah mengupas pengetahuan asas tentang bagaimana ingin memulakan perniagaan. 

9 faktor yang harus diketahui sebelum kita memulakan perniagaan iaitu:

1) Modal
2) Lokasi perniagaan
3) Jenis dan saiz perniagaan
4) Persaingan
5) Undang-undang dan peraturan berkaitan perniagaan
6) Sumber bekalan
7) Pengalaman dan pengetahuan
8) Persendirian dan Perkongsian
9) Masalah perniagaan 

Hari ini saya akan kongsikan faktor utama iaitu modal sebelum anda ingin menceburi bidang perniagaan. Banyak persoalan yang timbul seperti:

a) Bagaimana nak mendapatkan modal?
b) Berapa banyak modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan?
c) Bank ada ke tawarkan pinjaman untuk yang baru memulakan perniagaan?
d) Bagaimana nak memohon pinjaman? 

Persoalan-persoalan diatas sering bermain di fikiran dan secara tak langsung ia membantutkan perancangan anda yang ingin berniaga sekiranya tiada modal. Seseorang usahawan mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan menjalankan perniagaan walaupun kita ada terdengar ada perniagaan yang tidak memerlukan modal. Itu pendapat masing-masing dan bagi saya apa juga yang kita ingin usahakan/niagakan perlukan modal.

Modal boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman bank, satu kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan membayar balik pinjaman tetapi bagi saya bank hanya menawarkan pinjaman kepada peniaga yang sudah berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan. Minta maaf sekiranya informasi ini salah.

Anda juga boleh merujuk kepada Amanah Ikhtiar Malaysia untuk mendapatkan modal (sila rujuk sini-AIM) tetapi saya tidak menjamin samada anda layak atau tidak dan yang penting anda rajin bertanya dan berusaha untuk mendapatkannya. 

Ada juga berminat untuk memulakan perniagaan francais, terdapat program khas iaitu Program Francais Siswazah dan Wanita yang turut menyediakan platform latihan dan pembiayaan kewangan sehingga 90%. (sila rujuk laman web PNS) untuk maklumat lanjut. 

Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz dan jenis perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan dan yang penting apa yang anda ingin niagakan.

Buat perancangan terlebih dahulu sebelum bertindak memulakan perniagaan dan saya sarankan rujuk kepada orang yang lebih pengalaman dalam bidang perniagaan yang anda ingin ceburi. Dapatkan pendapat, nasihat serta tunjuk ajar dan ketahui kelemahan serta masalah yang sering dihadapi kepada perniagaan anda sebelum anda ingin memulakan perniagaan yang anda ingin ceburi. Dari situ kita akan tahu berapa modal yang kita perlu laburkan dalam perniagaan kita serta dapat mengukur kemampuan kita dalam menjalankan perniagaan yang inginkita ceburi.

Bagi saya, setiap hari saya berjumpa dengan usahawan untuk meminta pendapat tentang pinjaman tetapi kebanyakkan usahawan memulakan perniagaan terlebih dahulu dan dalam keadaan terdesak baru ingin mendapatkan pinjaman dari bank. Tindakan ini salah sama sekali, sepatutnya mereka membuat perancangan terlebih dahulu sebelum melibatkan diri dalam perniagaan.

Kebanyakannya juga mengambil mudah tentang kewangan syarikat dan yang lebih teruk lagi tiada akaun syarikat dan kesannya sukar untuk mendapatkan pinjaman.

Bagi saya walaupun pendapatan kita kurang pun tetap masuk dalam akaun syarikat dan ini penting untuk pengiraan untung rugi syarikat dan membuat pengurusan akaun tahunan. Kita mesti berfikir ke hadapan, mungkin hari ini kita tidak layak mendapatkan pinjaman tetapi mungkin di masa hadapan kita layak..mana tahu..

Hari ini kalau nak kongsikan bab modal banyak, internet adalah sumber informasi terbaik untuk mengetahui hal-hal berkaitan dengan modal. atau sila hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.

Faktor-faktor yang lain untuk memulakan perniagaan akan saya kupaskan di artikel akan datang.

Saya doakan anda berjaya dalam apa juga perniagaan yang anda ceburi. 

Aamiin


TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN

Ahad, 3 Julai 2011

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera...

PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Semua dikalangan kita ingin berniaga tetapi perkara yang pertama kita fikirkan adalah mengenai modal sama ada sikit atau banyak bergantung kepada perniagaan yang ingin kita usahakan. 

Modal perniagaan? Cukupkah modal yang ada dengan perniagaan yang kita hendak usahakan. Sekiranya tiada modal dimana kita hendak cari? Inilah persoalan yang selalu kita fikirkan........

Sekiranya kita ada modal… apa perniagaan yang ingin kita lakukan… Apa kata kita bincangkan perkara yang perlu kita buat sebelum memulakan perniagaan dan bab modal kita akan bincangkan di artikel dimasa hadapan.

Nak mulakan suatu perniagaan bukannya suatu perkara yang sukar kerana kita boleh berniaga apa saja yang kita mahu tapi yang penting kita tahu serta minat apa yang kita mahu niagakan. Tahu dan minat tidak cukup untuk memulakan perniagaan malah banyak faktor yang kita mahu pertimbangkan sebelum memulakan perniagaan. Cabarannya terletak dalam keadaan di mana seseorang itu langsung tidak mempunyai modal dan pengalaman.

Jangan bimbang dalam artikel minggu ini, saya akan berikan anda sedikit petunjuk. Kalau anda nak mulakan perniagaan dan berjaya, anda perlukan usaha, kecekalan dan semangat yang kental. Untuk memulakan satu perniagaan tanpa pengalaman dan lebih teruk lagi, tanpa sebarang modal, anda boleh mulakannya dengan secara kecil-kecilan dahulu.

Seseorang perniaga mesti tau apa yang dia ingin niagakan. Saya juga masih belajar dalam bidang perniagaan ini dan pengetahuan dan pengalaman yang tak seberapa ini ingin saya kongsikan. Untuk tips kali ini saya kongsikan dengan anda bagaimana ingin memulakan perniagaan dan faktor-faktor penting yang harus kita pertimbangkan sebelum memulakan perniagaan.

9 faktor yang harus difikirkan sebelum memulakan perniagaan.

1) Modal
2) Lokasi perniagaan
3) Jenis dan saiz perniagaan
4) Persaingan
5) Undang-undang dan peraturan berkaitan perniagaan
6) Sumber bekalan
7) Pengalaman dan pengetahuan
8) Persendirian dan Perkongsian
9) Masalah perniagaan 

Faktor-faktor di atas harus difikirkan sebelum kita ingin memulakan perniagaan dan kupasannya, insyallah saya akan ulaskan di artikel yang akan datang.

Semoga berjaya.


MAKLUMAT MENGENAI PINJAMAN

Sabtu, 2 Julai 2011

Petikan dari Utusan Malaysia

Bank pusat dunia waspada risiko krisis kewangan 
28/06/2011

BANK pusat utama dunia mengeluarkan amaran kepada pelabur supaya bersedia menerima margin keuntungan kecil berikutan tindakan bank yang semakin enggan mengeluarkan dana pinjaman sebagai persediaan mengelak berlakunya krisis kewangan sekali lagi.

Mereka juga menasihatkan bank seluruh dunia mengenai keperluan menaikkan kadar faedah bagi memastikan tahap inflasi terkawal.

Bank for International Settlements (BIS) berkata, peraturan baru bagi bank menyaksikan mereka menaikkan modal penampan secara beransur-ansur supaya mampu memberi pulangan yang boleh dijangkakan dan lebih kecil.

Namun begitu, BIS, organisasi utama memantau bank pusat utama lain, berkata dalam laporan tahunannya bahawa pengurus bank dan pemegang saham melaksanakan pengubahsuaian itu seperti yang dijangkakannya.

Katanya, kadar faedah mungkin akan dinaikkan kerana polisi kewangan global yang lebih ketat diperlukan supaya dapat menahan tekanan inflasi dan menghindari risiko kestabilan kewangan.

Pengurus Besar bank itu, Jaime Caruana, berkata krisis kewangan global yang berlaku pada 2008-2009 masih membayangi dunia, tapi sudah ada petanda bahawa kembalinya pengambilan risiko keterlaluan berlaku lagi.

Beliau memberi amaran ancaman daripada hutang awam yang tidak mampan, harga komoditi dan tenaga yang melambung naik serta inflasi yang sudah pun mengancam banyak negara.

“Walaupun menggalakkan pelabur untuk mengambil risiko adalah sebahagian daripada pengurusan krisis, tapi ada kemungkinan dalam sesetengah peristiwa mereka akan melangkaui lebih daripada yang sepatutnya,” katanya.

Katanya, masalah fiskal lebih kelihatan pada negara Eropah yang berhutang dalam skala besar seperti Portugal, Greece dan Ireland, negara ekonomi utama lain juga perlu berhati-hati dan segera meningkatkan pendirian mereka bagi mengelakkan tercetusnya krisis global yang lain.

“Saya lihat terdapat keperluan untuk menaikkan polisi kewangan ke paras wajar,” katanya kepada pemberita di Basel, Switzerland.

Secara global, kadar faedah jangka masa pendek sudah menunjukkan bacaan negatif dengan menjunam sejak tahun lalu. Menaikkan kadar faedah ke paras wajar dapat mengurangkan insentif pengambilan risiko berlebihan dan menyokong pengstrukturan yang diperlukan serta pelarasan pada kunci kira-kira. – AP

Maklumat yang berguna untuk sama-sama kita fikirkan. 


PERKHIDMATAN KAMI

Isnin, 27 September 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Kami merupakan sebuah syarikat bumiputera yang beroperasi di Lembah Kelang menyediakan perkhidmatan perunding kewangan kepada peniaga dan individu untuk mendapatkan pinjaman perniagaan dan peribadi. Berpandukan pengalaman selama 15 tahun dalam bidang perundingan pinjaman, kami yakin dapat membantu anda dalam menguruskan pinjaman melalui bank dan institusi kewangan. Perkhidmatan kami tidak terbuka untuk warga Lembah Kelang sahaja tetapi merangkumi seluruh Malaysia.

PERKHIDMATAN KAMI


a) Pinjaman Perniagaan - Pinjaman Berjangka.
b) Pinjaman Perniagaan - Skim Pembiayaan Kecil (Lembah Kelang sahaja).
c) Pinjaman Perniagaan - Skim Pembiayaan Kecil Rakan Niaga.
d) Pembiayaan Kontrak/Contract Financing (Untuk Kontraktor).
e) Pembiayaan Pemfaktoran/Factoring Financing (Untuk Pembekal/Supplier).
f) iHP - Skim Pembeliaan Barangan Industri/Industri Hire Purchase.

Sebenarnya, setiap orang perlukan panel kewangan untuk membantu anda disaat anda memerlukan. Sekiranya anda memahami konsep panel insurans, panel klinik dan panel workshop, kami adalah panel kewangan anda; dimana kami menguruskan pembiayaan perniagaan dan peribadi bukan disaat anda kesempitan, tetapi kami adalah back-up anda disaat anda memerlukan perkhidmatan kami.

Kami juga sedang mencari agen/rakan kongsi untuk memasarkan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat kami. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Semoga anda berjaya didalam kerjaya/perniagaan yang diceburi. Amin.

Terima Kasih.