TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN

Ahad, 3 Julai 2011

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera...

PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Semua dikalangan kita ingin berniaga tetapi perkara yang pertama kita fikirkan adalah mengenai modal sama ada sikit atau banyak bergantung kepada perniagaan yang ingin kita usahakan. 

Modal perniagaan? Cukupkah modal yang ada dengan perniagaan yang kita hendak usahakan. Sekiranya tiada modal dimana kita hendak cari? Inilah persoalan yang selalu kita fikirkan........

Sekiranya kita ada modal… apa perniagaan yang ingin kita lakukan… Apa kata kita bincangkan perkara yang perlu kita buat sebelum memulakan perniagaan dan bab modal kita akan bincangkan di artikel dimasa hadapan.

Nak mulakan suatu perniagaan bukannya suatu perkara yang sukar kerana kita boleh berniaga apa saja yang kita mahu tapi yang penting kita tahu serta minat apa yang kita mahu niagakan. Tahu dan minat tidak cukup untuk memulakan perniagaan malah banyak faktor yang kita mahu pertimbangkan sebelum memulakan perniagaan. Cabarannya terletak dalam keadaan di mana seseorang itu langsung tidak mempunyai modal dan pengalaman.

Jangan bimbang dalam artikel minggu ini, saya akan berikan anda sedikit petunjuk. Kalau anda nak mulakan perniagaan dan berjaya, anda perlukan usaha, kecekalan dan semangat yang kental. Untuk memulakan satu perniagaan tanpa pengalaman dan lebih teruk lagi, tanpa sebarang modal, anda boleh mulakannya dengan secara kecil-kecilan dahulu.

Seseorang perniaga mesti tau apa yang dia ingin niagakan. Saya juga masih belajar dalam bidang perniagaan ini dan pengetahuan dan pengalaman yang tak seberapa ini ingin saya kongsikan. Untuk tips kali ini saya kongsikan dengan anda bagaimana ingin memulakan perniagaan dan faktor-faktor penting yang harus kita pertimbangkan sebelum memulakan perniagaan.

9 faktor yang harus difikirkan sebelum memulakan perniagaan.

1) Modal
2) Lokasi perniagaan
3) Jenis dan saiz perniagaan
4) Persaingan
5) Undang-undang dan peraturan berkaitan perniagaan
6) Sumber bekalan
7) Pengalaman dan pengetahuan
8) Persendirian dan Perkongsian
9) Masalah perniagaan 

Faktor-faktor di atas harus difikirkan sebelum kita ingin memulakan perniagaan dan kupasannya, insyallah saya akan ulaskan di artikel yang akan datang.

Semoga berjaya.


0 ulasan: