MODAL PERNIAGAAN

Isnin, 4 Julai 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Semalam kita sudah mengupas pengetahuan asas tentang bagaimana ingin memulakan perniagaan. 

9 faktor yang harus diketahui sebelum kita memulakan perniagaan iaitu:

1) Modal
2) Lokasi perniagaan
3) Jenis dan saiz perniagaan
4) Persaingan
5) Undang-undang dan peraturan berkaitan perniagaan
6) Sumber bekalan
7) Pengalaman dan pengetahuan
8) Persendirian dan Perkongsian
9) Masalah perniagaan 

Hari ini saya akan kongsikan faktor utama iaitu modal sebelum anda ingin menceburi bidang perniagaan. Banyak persoalan yang timbul seperti:

a) Bagaimana nak mendapatkan modal?
b) Berapa banyak modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan?
c) Bank ada ke tawarkan pinjaman untuk yang baru memulakan perniagaan?
d) Bagaimana nak memohon pinjaman? 

Persoalan-persoalan diatas sering bermain di fikiran dan secara tak langsung ia membantutkan perancangan anda yang ingin berniaga sekiranya tiada modal. Seseorang usahawan mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan menjalankan perniagaan walaupun kita ada terdengar ada perniagaan yang tidak memerlukan modal. Itu pendapat masing-masing dan bagi saya apa juga yang kita ingin usahakan/niagakan perlukan modal.

Modal boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman bank, satu kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan membayar balik pinjaman tetapi bagi saya bank hanya menawarkan pinjaman kepada peniaga yang sudah berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan. Minta maaf sekiranya informasi ini salah.

Anda juga boleh merujuk kepada Amanah Ikhtiar Malaysia untuk mendapatkan modal (sila rujuk sini-AIM) tetapi saya tidak menjamin samada anda layak atau tidak dan yang penting anda rajin bertanya dan berusaha untuk mendapatkannya. 

Ada juga berminat untuk memulakan perniagaan francais, terdapat program khas iaitu Program Francais Siswazah dan Wanita yang turut menyediakan platform latihan dan pembiayaan kewangan sehingga 90%. (sila rujuk laman web PNS) untuk maklumat lanjut. 

Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz dan jenis perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan dan yang penting apa yang anda ingin niagakan.

Buat perancangan terlebih dahulu sebelum bertindak memulakan perniagaan dan saya sarankan rujuk kepada orang yang lebih pengalaman dalam bidang perniagaan yang anda ingin ceburi. Dapatkan pendapat, nasihat serta tunjuk ajar dan ketahui kelemahan serta masalah yang sering dihadapi kepada perniagaan anda sebelum anda ingin memulakan perniagaan yang anda ingin ceburi. Dari situ kita akan tahu berapa modal yang kita perlu laburkan dalam perniagaan kita serta dapat mengukur kemampuan kita dalam menjalankan perniagaan yang inginkita ceburi.

Bagi saya, setiap hari saya berjumpa dengan usahawan untuk meminta pendapat tentang pinjaman tetapi kebanyakkan usahawan memulakan perniagaan terlebih dahulu dan dalam keadaan terdesak baru ingin mendapatkan pinjaman dari bank. Tindakan ini salah sama sekali, sepatutnya mereka membuat perancangan terlebih dahulu sebelum melibatkan diri dalam perniagaan.

Kebanyakannya juga mengambil mudah tentang kewangan syarikat dan yang lebih teruk lagi tiada akaun syarikat dan kesannya sukar untuk mendapatkan pinjaman.

Bagi saya walaupun pendapatan kita kurang pun tetap masuk dalam akaun syarikat dan ini penting untuk pengiraan untung rugi syarikat dan membuat pengurusan akaun tahunan. Kita mesti berfikir ke hadapan, mungkin hari ini kita tidak layak mendapatkan pinjaman tetapi mungkin di masa hadapan kita layak..mana tahu..

Hari ini kalau nak kongsikan bab modal banyak, internet adalah sumber informasi terbaik untuk mengetahui hal-hal berkaitan dengan modal. atau sila hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.

Faktor-faktor yang lain untuk memulakan perniagaan akan saya kupaskan di artikel akan datang.

Saya doakan anda berjaya dalam apa juga perniagaan yang anda ceburi. 

Aamiin


0 ulasan: